2jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Glomac melancarkan 16 Legacy, koleksi eksklusif 16 unit rumah separa berkembar dua tingkat di Saujana Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM21 juta.
3jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran dan mengenakan denda RM59,000 terhadap Nurendran a/l Parathan kerana terlibat dalam aktiviti perdagangan manipulatif membabitkan sekuriti pelbagai kaunter.
3jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd memaklumkan bahawa unitnya, RHB Investment Bank Bhd tidak menerima sebarang bantahan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan dengan Tokio Marine Asia Pte Ltd mengenai cadangan penjualan sehingga 100 peratus kepentingan dalam RHB Insurance Bhd.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Capital Intertrade Sdn Bhd (CISB) menamatkan operasi pengedaran Ford, dengan mengemukakan notis penutupan syarikat dan penyerahan operasi kepada Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Sime Darby Auto).
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Bhd, Pos Ar-Rahnu telah memperoleh fasiliti kredit-i pusingan jangka pendek sehingga RM100 juta daripada Maybank Islamic Bhd.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Ireka Corp Bhd (Ireka) dan tujuh bekas pengarahnya di atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities selain mengenakan denda berjumlah RM425,000 ke atas pengarah-pengarah terlibat.
5jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, walaupun prestasi pasaran tunai yang lebih lemah.
5jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding mata wang serantau dan kebanyakan unit utama dunia kecuali euro dan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus memantau perkembangan rundingan AS-Iran serta menjelang pertemuan pemimpin Washington dan Beijing.