Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, walaupun prestasi pasaran tunai yang lebih lemah. 

Kontrak Mei 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,754.0, Jun 2026 mengukuh 4.0 mata kepada 1,753.0, September 2026 menambah 2.5 mata kepada 1,732.0, dan kontrak Disember 2026 naik 4.0 mata kepada 1,736.0.

Jumlah dagangan susut kepada 5,725 lot daripada 6,123 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 37,891 kontrak daripada 38,616 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI penanda aras susut 2.75 mata kepada 1,745.31 berbanding 1,748.06 ketika ditutup pada Jumaat. 

-- BERNAMA