Terdapat 987 berita berdasarkan kata kunci carian " tunai"

SCIB Dapat Kelulusan Pemegang Saham Bagi Pelaksanaan Penjualan Bernilai RM151.19 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pelaksanaan penjualan strategik dengan nilai potensi keseluruhan sebanyak RM151.19 juta pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu.

ADB, Jepun Lancar Inisiatif ACCEL Bagi Perkukuh Keselamatan Tenaga Berikutan Kenaikan Harga

KUALA LUMPUR, 4 Mei  (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Jepun memulakan Tindakan untuk Mewujudkan Keselamatan Tenaga bagi Daya Tahan Jangka Panjang (ACCEL), sebuah inisiatif bersama yang menyokong negara dan perniagaan di Asia dan Pasifik menghadapi kenaikan harga tenaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Bank Muamalat Lancar Pelan ASB Smart Education

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan pelan ASB Smart Education, sekali gus menjadi institusi kewangan pertama dalam kalangan ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berfokuskan pendidikan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan pasaran tunai.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Berjajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam jajaran kecil dengan kecenderungan waspada antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, seiring dengan pasaran tunai.

IOI Properties Sedia Sertai FBM KLCI Dalam Semakan Jun -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd berkemungkinan menggantikan Sime Darby Bhd sebagai satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dalam semakan separuh tahunan akan datang oleh FTSE Russell dan Bursa Malaysia, menurut seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.

MBSB Bank Perkukuh Jejak Di Utara Menerusi Pemindahan Cawangan Di Kangar, Kulim

KANGAR, 30 April (Bernama) -- MBSB Bank Bhd bertindak mengukuhkan jejaknya di wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan semula cawangan di Kangar, Perlis dan Kulim di Kedah.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Pada US$126.61 Bilion Setakat Akhir Mac 2026

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Pengambilan Untung Di Kaunter Berkaitan Minyak

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.