Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.
Kontrak bulan semasa April 2026 susut satu mata kepada 1,719.0, Mei 2026 turun 1.5 mata kepada 1,719.5, Jun 2026 meningkat 16 mata kepada 1,718.5 namun kontrak September 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,701.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 11,310 lot daripada 25,545 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 43,924 kontrak daripada 63,112 kontrak, sebelum ini.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,722.02 daripada 1,720.42 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1 Mei 2026 bersempena cuti umum Hari Pekerja dan akan beroperasi semula pada 4 Mei 2026.
-- BERNAMA