56minit ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dasar monetari pada 3.50 hingga 3.75 peratus dalam mesyuarat kali keduanya berturut-turut, menandakan ia kekal dalam mod tunggu dan lihat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen global yang bersikap berhati-hati terus memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.
16jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).
18jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Inflasi utama Malaysia dijangka kekal terkawal, disokong oleh subsidi bersasar kerajaan, di tengah-tengah konflik Asia Barat, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- OCBC Group Research telah menyemak semula unjuran minyak mentah Brent menjadi lebih tinggi, menjangkakan harga kekal meningkat pada sekitar US$100 setong hingga pertengahan tahun sebelum susut ke arah US$70 setong menjelang awal 2027 di tengah-tengah gangguan bekalan yang berterusan.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila laporan mengenai beberapa kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dengan selamat telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).