2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ENERtec Asia 2026 menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk pelaburan tenaga bersih, teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ryt Bank telah melancarkan platform pelaburan dalam aplikasi baharu yang dinamakan, Ryt Invest, pelaburan patut syariah yang pertama kali dibawa oleh sebuah bank digital dengan caj jualan sifar peratus.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd merosot kepada RM3.24 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026), daripada RM403.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd (Paramount) menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.2 bilion tahun ini, disokong oleh pelancaran baharu, penambahan tanah secara aktif dan strategi untuk mengukuhkan keuntungan dalam jangka masa panjang.
6hari ago
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Kota Bahru yang telah diperluaskan mengendalikan 562,081 pergerakan penumpang antara Januari hingga April tahun ini, mencerminkan peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Pelancaran platform Bursa Sosial oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mampu menangani kebimbangan awam terhadap aspek berkaitan pengumpulan dana kebajikan selain menyokong impak sosial secara lebih teratur dan berlandaskan akauntabiliti.
8hari ago
Oleh Wan Muhammad Aslah Wan Razali
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk menerajui pembangunan tenaga pintar dan lestari di rantau ASEAN khususnya menerusi usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Ketua Pegawai Kanan Strategi, Regulatori dan Kelestarian Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Muhamad Nazri Pazil.
9hari ago
SHAH ALAM, 22 Mei (Bernama) -- Sektor aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan di Malaysia menggaji lebih 35,000 pekerja berkemahiran tinggi pada 2025, melebihi sasaran awal iaitu lebih 30,000 pekerja menjelang 2030 yang ditetapkan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030.
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga bukan lagi sekadar membekalkan elektrik kepada kediaman, malah menjadi pemacu penting kepada pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan pesat pengkomputeran, pusat data, pembuatan termaju dan mobiliti elektrik.
11hari ago
SUBANG JAYA, 20 Mei (Bernama) -- Berjaya Air Sdn Bhd menyasar untuk memiliki dua pesawat ATR 72-600 Highline baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbelanjaan modal tahunan sebanyak RM70 juta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), sekali lagi mewakili Malaysia di IMEX Frankfurt 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi utama acara perniagaan global.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan lonjakan 14 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 72,113 kenderaan pada April 2026 berbanding bulan sebelumnya.