9jam ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheah Fah melancarkan fasa kedua pengembangannya, susulan sumbangan RM23 juta daripada Kumpulan Sunway (Sunway), bagi menampung peningkatan pendaftaran pelajar seiring dengan pembangunan di koridor selatan Johor.
11jam ago
KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Sabah sedang memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di negeri itu menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).
16jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.
17jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan, sejajar dengan harga minyak mentah yang lebih kukuh didorong oleh ketidakpastian yang ditimbulkan oleh konflik Asia Barat yang berlanjutan.
17jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran yang lebih tinggi minggu depan susulan pasaran minyak kini mempengaruhi naratif makroekonomi yang lebih besar.
17jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat antara RM3.93 hingga RM3.98 minggu depan berikutan pelabur akan terus memantau dengan teliti trajektori harga minyak mentah.
17jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan susulan konflik yang berterusan di Asia Barat.
17jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.
17jam ago
Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin
HANOI, 14 Mac (Bernama) -- Ketika gelora perang di Asia Barat mencetuskan lonjakan harga minyak dunia, masyarakat Vietnam dilihat seolah-olah terus menjalani kehidupan tenang dan tidak terkesan dengan tekanan inflasi yang menyusul, terutama sebagai negara yang bergantung kepada import minyak mentah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan berterusan di Asia Barat akan memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan ekonomi, kehidupan jutaan penduduk di rantau ini, dan menghalang kemajuan ekonomi dalam ASEAN, menurut kenyataan bersama Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia akan memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan lebihan kapasiti pengeluaran dan penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301 negara itu.