Terdapat 2526 berita berdasarkan kata kunci carian " seda"

Permintaan Kargo Udara Global Susut 4.8 Peratus Pada Mac - IATA

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Permintaan global bagi kargo udara antarabangsa yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK) susut  sebanyak 4.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding tahap pada Mac 2025 (-5.5 peratus untuk operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

MOF Teliti Mekanisme Subsidi Diesel Bersasar Di Sabah, Sarawak - Fahmi

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama BUDI95, bagi Sabah dan Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Unit Avaland Beli Tanah Di Taman U-Thant Pada Harga RM86 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.

Penarikan Balik Cukai Pegangan Beri Kesan Minimum Kepada KLCCP Stapled Group

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penarikan balik cukai pegangan sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia memberi kesan minimum terhadap KLCCP Stapled Group disebabkan oleh komposisi pemegang sahamnya.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Sentimen Tempatan Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.

Pasaran Ekuiti Tempatan Kekal Berdaya Tahan, Cermin Keyakinan Pelaburan - Akmal Nasrullah 

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti tempatan kekal berdaya tahan dengan peningkatan 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga.

Malaysia Perlu Perkukuh Daya Tahan Siber Dalam Persekitaran AI Termaju - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 April  (Bernama) -- Malaysia perlu terus berwaspada dan memperkukuh daya tahan negara untuk berdepan ancaman siber baharu susulan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bilal Erdogan Seru Negara Islam Contohi Kepimpinan Malaysia Dalam Kewangan Islam

PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Negara-negara Islam diseru supaya mencontohi sektor kewangan Islam Malaysia dalam usaha membangunkan sistem kewangan yang kurang bergantung kepada rangkaian kewangan Barat, kata Necmeddin Bilal Erdogan.

Konflik Asia Barat Ubah Landskap Tenaga Global, Perkukuh Fokus Keterjaminan Tenaga

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Konflik berlarutan di Asia Barat sedang menyusun semula landskap tenaga global, sekali gus menegaskan bahawa keselamatan tenaga bagi rantau yang bergantung kepada import kini bukan lagi sekadar soal kecekapan, tetapi ketahanan terhadap gangguan berpanjangan.

KPK Teroka Mekanisme Penilaian Kredit Karbon Industri Sawit Menerusi Persijilan MSPO - Noraini

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneroka pembangunan mekanisme berkaitan karbon secara berperingkat menerusi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), termasuk menilai kesesuaian model kredit karbon yang selaras dengan konteks industri sawit negara.

Padini Mulakan Semakan Dalaman Berhubung Pembekuan Akaun Oleh SPRM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Peruncit pakaian, Padini Holdings Bhd telah memulakan semakan dalaman bagi menilai keadaan berhubung pembekuan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik syarikat dan anak syarikatnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).