BERITA TERKINI   Bernama kekal sumber berita diyakini berteraskan integriti, kredibiliti - Fahmi | Bernama perlu kekal sebagai agensi berita disegani, relevan hadapi era digital - Fahmi | Bernama main peranan penting sebagai sumber maklumat yang sahih dan berwibawa - Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan | Bernama rakan strategik perwakilan Malaysia di luar negara, salur berita berkepentingan dan hubungan dua hala - Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan | PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga.

Beliau berkata bekalan getah dijangka meningkat selepas cuti Hari Pekerja di China dari 1 hingga 5 Mei, didorong oleh aktiviti menoreh berskala besar di Vietnam dan Thailand.

Katanya kebimbangan mengenai dasar tarif sifar China turut memberi tekanan kepada pasaran.

“Peniaga sedang memantau pelaksanaan perjanjian tarif sifar ke atas import dari Afrika ke China yang berkuat kuasa pada 1 Mei,” katanya kepada Bernama. 

Mulai 1 Mei, China akan melaksanakan dasar tarif sifar untuk 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya.

Bagaimanapun, katanya kenaikan harga minyak mentah mengekang penurunan.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 2.30 peratus kepada US$110.7 setong.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun 1.50 sen kepada 848.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 1 sen kepada 757 sen sekilogram.

-- BERNAMA