Terdapat 12766 berita berdasarkan kata kunci carian " r"

Konflik Asia Barat Kurang Jejaskan Harga Komoditi Makanan Global - Bank Dunia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan impak konflik Asia Barat terhadap harga komoditi makanan global pada 2026 dan 2027 adalah kecil berbanding tahap awal konflik Rusia-Ukraine, bersandarkan andaian bahawa asas gangguan bekalan di Asia Barat akan mereda menjelang pertengahan tahun ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur 

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan turun naik harga tenaga, kata seorang peniaga.

ENERtec Asia, MIDA Jalin Kerjasama Pacu Pelaburan Tenaga Boleh Baharu, Penyimpanan Tenaga

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ENERtec Asia 2026 menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk pelaburan tenaga bersih, teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).

Bank Dunia Unjur Purata Harga Minyak Mentah Brent Sekitar US$86 Pada 2026

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia mengunjurkan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat sebelum kembali mereda dengan mencatatkan purata US$86 (US$1 = RM3.96) setong pada 2026 dan US$70 setong pada 2027.

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Kelemahan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat apabila dolar Amerika Syarikat (AS) yang rendah menyokong harga logam berharga itu, kata penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Minat Risiko Pacu Ringgit Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Termasuk Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu oleh minat risiko baharu susulan laporan kemungkinan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak global, bakal dibuka semula.

Insentif Pengeluaran Getah Pekebun Kecil Tidak Diaktifkan Bagi Mei 2026 - LGM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks bagi Mei 2026 tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Capai Paras Tertinggi Baharu Pada 2026

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, mencapai paras tertinggi baharu pada 2026, kata peniaga.

Kredit Kepada Sektor Swasta Bukan Kewangan Berkembang 5.8 Peratus Pada April 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan.