BERITA TERKINI   Empat lagi berjaya diselamatkan dari gua yang dilanda banjir di Laos, kata penyelamat | Pertumbuhan pesat Sabah lepasi unjuran, tuntut Kerajaan Persekutuan percepat naik taraf kemudahan antaranya KKIA - PM Anwar | Subsidi petrol, diesel dan LPG Persekutuan untuk Sabah dijangka meningkat kepada RM3 bilion tahun ini - PM Anwar | Sabah terima RM17 bilion peruntukan pembangunan berbanding RM10 bilion hasil, bukti negeri itu tidak dianak tiri - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Kontrak Mei 2026 susut 7.0 mata kepada 1,684.0, Jun 2026 merosot 11.0 mata kepada 1,680.0, September 2026 turun 10.5 mata kepada 1,662.0 dan Disember 2026 menguncup 10.0 mata kepada 1,664.50.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 18,199 lot berbanding 43,753 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 53,784 kontrak daripada 80,295 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.86 mata kepada 1,683.07 daripada paras 1,684.93 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA