6jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Berjaya Land Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu sebanyak RM121.76 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2025 daripada kerugian bersih RM33.93 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.
1hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, didorong oleh prestasi eksport yang lebih lemah apabila ringgit yang lebih kukuh memberi kesan kepada permintaan daripada negara pengimport utama, kata seorang pedagang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd (FRSB) telah memperoleh kontrak bernilai RM502.27 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan serta pengerukan untuk Pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Untung bersih Kossan Rubber Industries Bhd melonjak kepada RM151.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM118.34 juta pada tahu sebelumnya.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Itramas Corporation Sdn Bhd menganggap cadangan tarif global Amerika Syarikat (AS) sebanyak 15 peratus masih terkawal bagi sektor tenaga boleh baharu (TBB), sekali gus membuka ruang kepada syarikat itu mempercepat peluasan ke pasaran AS menerusi pelaburan pembuatan hiliran.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, kata ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ketika sebahagian besar masyarakat berjimat cermat pada masa ini, pengecualian itu sebaliknya ketara menjelang Hari Raya apabila isi rumah terus mengutamakan perbelanjaan keperluan walaupun berdepan realiti tekanan kos sara hidup.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Potensi peningkatan daripada menambah belian awal produk elektrik dan elektronik (E&E) menjelang pelaksanaan tarif berperingkat Amerika Syarikat (AS) ke atas pelbagai produk semikonduktor yang lebih luas boleh menyokong perdagangan luar Malaysia pada 2026.