BERITA TERKINI   Kerajaan Perak umum BKK Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam negeri, dibayar 16 Mac - MB | Pemberian BKK dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967 - JPA | Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 akan dibayar pada 13 Mac - JPA | PM Anwar seru agar wujud kematangan dalam urusan politik antarabangsa | 

Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Penambakan Dan Pengerukan Bernilai RM502.3 Juta 

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd (FRSB) telah memperoleh kontrak bernilai RM502.27 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan serta pengerukan untuk Pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd.

Tanjung Pinang Development adalah anak syarikat Eastern and Oriental Bhd.

Kerjaya Prospek dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu akan bermula pada 11 Mac, 2026, dan dijadualkan siap pada atau sebelum 31 Mac, 2029.

“Kontrak itu dijangka menyediakan pendapatan tambahan untuk kumpulan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang dan akan meningkatkan lagi nilai perolehan kontrak sedia ada,” katanya.

Kontrak itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 2026 hingga 2029.

-- BERNAMA