BERITA TERKINI   Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1447H/2025M | Bekas Mufti Johor Datuk Seri Dr Nooh Gadot diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1447H/2025M | Pentas dakwah medan pengajaran agama Islam tidak wajar dijadikan tempat membawa agenda politik kepartian - Agong | Pemimpin masyarakat dinasihatkan agar tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi - Agong | Agong titah semua pihak hormati Perlembagaan Persekutuan, jangan nyalakan api permusuhan hingga gugat keamanan negara | 

Terdapat 201 berita berdasarkan kata kunci carian " kelestarian"

Jawatankuasa Khas Adakan Mesyuarat Pertama Selaras Pematuhan Malaysia Terhadap EUDR

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) --  Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini,  disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.

Inisiatif Strategik SME Bank Bernilai RM211 Juta Sokong Pertumbuhan PMKS - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan menyokong pertumbuhan mampan dan inklusif segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Tubuh Kementerian Pengangkutan Penuh Pacu Pembaharuan Logistik Sabah - Pakar

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Pakar pengangkutan dan logistik menggesa kerajaan Sabah mewujudkan Kementerian Pengangkutan penuh untuk melaksanakan pembaharuan institusi dan perancangan strategik jangka masa panjang.

Sawit : Perjanjian MEEPA Bantu Malaysia Raih Akses Pasaran Pilihan, Diiktiraf - KPK

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.

Malaysia Berpotensi Kembangkan Pasaran Di Asia Tengah, Jadikan Uzbekistan Pintu Masuk

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk mengembangkan lagi pasarannya di Asia Tengah melalui pengukuhan kerjasama dua hala dengan Uzbekistan, yang boleh menjadi platform terbaik sebagai pintu masuk negara ke rantau itu,  kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

PAAB Komited Siapkan Projek Bernilai RM2.4 Bilion, Pastikan Kontraktor Patuhi Keselamatan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang giat melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur air di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion demi kelestarian dan keselamatan bekalan air negara pada masa hadapan.

Pemain Minyak Sawit Perlu Lindung Nilai, Pelbagaikan Aktiviti Hiliran -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Taiwan Sasar Perkukuh Kerjasama Dengan Malaysia Dalam AI, Penjagaan Kesihatan Pintar - TAITRA

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Taiwan boleh memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam tiga bidang utama iaitu kecerdasan buatan (AI), kelestarian hijau dan penjagaan kesihatan pintar.

Malaysia Giat Teroka Pasaran Baharu Minyak Sawit Susulan Konflik Geopolitik - Johari

KOTA BHARU, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera dengan giat meneroka pasaran baharu melibatkan negara yang belum pernah membeli minyak sawit Malaysia sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pasaran utama sedia ada yang terjejas berikutan konflik geopolitik.

AkzoNobel Buka Pusat R&D Baharu Di Nilai

SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- AkzoNobel melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbaharunya di Nilai, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap inovasi, kelestarian dan pertumbuhan di rantau Asia Tenggara.

Petronas Sedia Main Peranan Penyelesaian Bekalan Tenaga, Kelestarian

Oleh Kamarul Ariffin Md Yasin dan Siti Nurhana Shafirah Mat Nazir

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersedia memainkan peranan dalam penyelesaian isu pembekalan tenaga, sekali gus menangani isu dan cabaran kelestarian.

Malaysia Komited Terhadap Integrasi ASEAN Wujudkan Ekonomi Serantau Berdaya Tahan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang giat menaik taraf perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, memperkukuh komitmennya terhadap ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.