Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada MKH Berhubung Kenaikan Harga Sahamnya
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MKH Bhd berhubung kenaikan harga dan jumlah dagangan saham syarikat itu baru-baru ini.
Pada penutup dagangan, harga saham syarikat itu meningkat 29.20 peratus, atau 33 sen kepada RM1.46 dengan 26.67 juta saham diniagakan.
"Pelabur dinasihatkan supaya mengambil maklum jawapan syarikat berhubung pertanyaan UMA itu yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, apabila membuat keputusan pelaburan mereka," menurut bursa itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
MKH ialah pemaju hartanah dengan operasi perniagaan di seluruh Lembah Klang, di China dan Kalimantan Timur, Indonesia.
-- BERNAMA