BERITA TERKINI   Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 6,680 individu termasuk 15 remaja diberi notis kesalahan buang sampah sejak Januari - Aiman Athirah | PM Anwar tegaskan kebenaran pelajar laluan UEC masuki IPTA dibuat bersyarat, seperti lulusan sekolah luar sistem pendidikan kebangsaan lain | KPM umum 12 inisiatif untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru tahun ini - Fadhlina | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak adalah bercampur-campur, dengan pelabur mengimbangi kebimbangan mengenai potensi gangguan bekalan berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat berbanding jangkaan permintaan yang lebih tinggi daripada ekonomi AS yang berdaya tahan.

“Ringgit mengukuh berbanding dolar AS walaupun data ekonomi AS berdaya tahan berikutan ketidaktentuan mengenai penggantian kepimpinan di Rizab Persekutuan AS dan risiko dasar negara itu yang meluas,” katanya.

Pada sesi dagangan pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9100/9230 berbanding dolar AS daripada 3.9110/9170 semasa ditutup pada Rabu.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh jangkaan yang rendah untuk penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan jangka pendek dan peserta meneliti pengumuman statistik getah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai pengeluaran yang berkurangan di negara-negara utama pengeluar getah asli dan keyakinan mengenai dasar China yang menggalakkan persaingan adil dalam industri automotif,” katanya.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot sembilan sen kepada 764.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 579.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA