BERITA TERKINI   Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haramĀ - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan ketiga guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan - Mahkamah Tinggi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan Dalam Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih rendah selepas menjejaki pasaran tunai yang agak lemah. 

 Pada penutup, kontrak Oktober 2025 tidak berubah pada 1,612.00, manakala kontrak November 2025, Disember 2025 serta Mac 2026, masing-masing susut setengah mata kepada 1,612.00, 1,610.50 dan 1,592.50.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,386 lot berbanding 8,876 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 49,043 kontrak daripada 50,199.

Pada 5 petang, KLCI FBM turun 7.06 mata atau 0.44 peratus kepada 1,615.19 daripada 1,622.25. 

-- BERNAMA