BERITA TERKINI   Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan yang kukuh walaupun berdepan cabaran geopolitik global - Akmal Nasrullah | Konflik Asia Barat dipantau secara menyeluruh dari sudut makroekonomi, termasuk menilai kesannya terhadap inflasi, rantaian bekalan dan kos logistik - Akmal Nasrullah | 

Tiada Isu Kawal Selia Tertunggak Terhadap Binance – MOF

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, MOF memaklumkan bahawa SC telah memasukkan semula Binance dalam Senarai Peringatan Pelabur SC.

“SC akan terus memantau perkembangan ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau risiko baharu kepada pelabur tempatan. Laman web dan aplikasi Binance masih disekat daripada diakses oleh rakyat Malaysia,” menurut MOF.

MOF turut memaklumkan bahawa semua tindakan SC, mengambil kira faktor-faktor relevan termasuk tahap pelanggaran, kesan dan risiko terhadap pelabur tempatan, serta implikasi terhadap integriti dan kestabilan pasaran modal Malaysia.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai kemungkinan SC memasukkan semula Binance ke dalam senarai amaran, memandangkan platform itu masih menimbulkan risiko kepada pelabur tempatan yang menggunakannya.

-- BERNAMA