BERITA TERKINI   88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada hari ini.

Pada 9.22 pagi, kontrak semasa baharu Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing menokok 6.5 mata kepada 1,619.50.

Kontrak Disember 2025 menokok 7.0 mata kepada 1,613.00 manakala kontrak Mac 2026 naik 8.0 mata kepada 1,594.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,822 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,605 kontrak.

Selain itu, penanda aras FBM KLCI meningkat 5.08 mata kepada 1,616.96 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup pada 1,611.88, semalam.

-- BERNAMA