BERITA TERKINI   88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Trump membuat keputusan untuk menangguhkan tarif sebanyak 50 peratus ke atas barangan EU sehingga 9 Julai untuk memberi lebih masa kepada kedua-dua pihak bagi merundingkan perjanjian.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 menyusut kepada US$3,331.20 setiap auns troy daripada US$3,336.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala kontrak Jun 2025 berkurangan kepada US$3,344.70 setiap auns troy daripada US$3,349.70 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 masing-masing menyusut kepada US$3,358.40 setiap auns troy daripada US$3,363.40 setiap auns troy auns sebelum ini.

Jumlah dagangan merosot kepada 23 lot daripada 45 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 74 kontrak daripada 82 kontrak.

Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 23 Mei, harga emas fizikal sebanyak US$3,342.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA