BERITA TERKINI   MOF akan mengetuai pasukan petugas khas mengenai isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial, lambakan barang - Fahmi | KPDN laksanakan kawalan harga ke atas 16 jenis barangan bermula 13 hingga 21 Feb sempena Tahun Baharu Cina - Fahmi | KKR akan umum perincian diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat - Fahmi | 

Reservoir Link Raih Kontrak Khidmat Pengujian Telaga Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Reservoir Link Energy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Reservoir Link Sdn Bhd, telah menerima anugerah perintah kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan pengujian telaga ringan.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan mampu menjana sehingga RM40 juta, bergantung kepada jumlah telaga yang terlibat.

Katanya skop tanggungjawab merangkumi penugasan kakitangan berkemahiran tinggi, penggunaan teknologi ujian telaga yang canggih, penyelenggaraan peralatan dan penyelarasan semua urusan logistik yang diperlukan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata kumpulan itu menjangkakan lebih banyak aktiviti dalam beberapa bulan akan datang memandangkan permintaan untuk perkhidmatan berkaitan tenaga akan terus berkembang.

“Kami berharap dapat memainkan peranan aktif dalam menyokong sektor tenaga huluan Malaysia bagi menunjukkan komitmen berterusan kami dalam menyampaikan penyelesaian yang boleh dipercayai dan menyumbang kepada kecekapan serta kemampanan untuk keseluruhan industri,” tambahnya.

--BERNAMA