Terdapat 202 berita berdasarkan kata kunci carian " anugerah"

Uzma Peroleh Kontrak EnQuest Bernilai RM60 Juta

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Anak syarikat Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd telah memperoleh kontrak dua tahun mulai 19 Feb tahun ini hingga 18 Feb 2028 bernilai RM60 juta daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd.

Program AUM Agrobank Bantu Lebih Banyak Syarikat Tingkatkan Jualan

SUNGAI PETANI, 1 April ( Bernama) -- Usaha yang dilaksanakan Agrobank dalam membantu usahawan di negara ini mengembangkan perniagaan mereka membuahkan hasil apabila lebih banyak syarikat yang berjaya meningkatkan jualan masing-masing pada tahun lepas.

Program Agro Komuniti Aqina Fruits-Agrobank Pacu Misi SDG Sifar Kelaparan, Perkasa B40

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.

Makin Jadi Pilihan Pembasah Tekak, Kombucha Bukti Peralihan Trend Minuman

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Sewaktu penulis bergelar pelajar sekolah menengah sekitar 2013, teh kombucha masih terlalu asing sebagai minuman, malah tenggelam berbanding minuman kopi yang lebih digemari ramai sebagai pembasah tekak pilihan.

MAHB Catat 8.9 Juta Pergerakan Penumpang Pada Februari 2026

SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.

MN Holdings Dapat Kontrak Pencawang Pusat Data Bernilai RM216 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd telah menerima surat anugerah (LoA) membabitkan projek bernilai RM216 juta yang akan menyaksikan pembangunan pencawang pengguna untuk sebuah pusat data di selatan Semenanjung Malaysia.

Maxis Raih Anugerah Ikon Transformasi Rangkaian-Prestasi Daripada The Fast Mode

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025

Aqina Fruits Rekod Lonjakan Nilai Eksport Cecah RM2.68 Juta Tahun Lepas

JOHOR BAHRU, 1 Mac (Bernama) -- Syarikat pengeluar dan pengeksport nanas, Aqina Fruits Sdn Bhd merekodkan lonjakan nilai eksport hampir empat kali ganda kepada RM2.68 juta pada tahun lepas berbanding RM628,000 pada 2024.

RHB Labur Lebih RM1.5 Juta Melalui #JomBiz Untuk Perkasa Dan Perkukuh Pertumbuhan 1,000 PMKS

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB sedang memperkukuh pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terangkum menerusi program RHB #JomBiz dengan menyokong lebih daripada 1,000 usahawan mikro di seluruh Malaysia.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Bank Muamalat Dapat Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.

Tadbir Urus Korporat Yang Kukuh Kunci Kepada Keyakinan Pelabur Dan Kestabilan -- Fadillah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tadbir urus korporat yang kukuh yang berpaksikan kepada kepercayaan dan akauntabiliti adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta kestabilan pasaran modal Malaysia di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.