BERITA TERKINI   Pelaksanaan sistem audit dengan baik dapat mengelak ketirisan, kecelaruan dan penyalahgunaan kuasa - PM Anwar | Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun untuk penggunaan media sosial dijangka dikuat kuasa seawal Julai - Teo | JAN harus berani ambil langkah baharu dalam pelaksanaan audit agar hasil lebih cepat, tepat dan berimpak - PM Anwar | Jabatan Audit Negara (JAN) perlu cari kaedah dekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, tidak membebankan - PM Anwar | Isteri bekas PTD Hafizuddeain, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan terima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 | 

Masa Tidak Menentu: Singapura, Malaysia Dan Negara Jiran ASEAN Akan Perkukuh Kerjasama – PM Wong

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong mengadakan perbincangan melalui telefon pada Jumaat bagi membincangkan perkembangan penting di rantau ini, termasuk tarif terbaharu Amerika Syarikat.

Kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai situasi kemanusiaan di Myanmar susulan gempa bumi yang melanda negara ASEAN itu minggu lepas.

“Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dan rakan-rakan ASEAN lain untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan terus terlibat secara konstruktif dengan rakan dagang global,” kata Wong dalam satu hantaran di Facebook.

Wong, yang juga Menteri Kewangan Singapura berkata dalam keadaan tidak menentu ini, kerjasama dan solidariti antara Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN lain adalah lebih penting berbanding sebelum ini.

Beliau turut menyampaikan ucapan Salam Aidilfitri kepada Anwar semasa panggilan itu berlangsung.

“Saya menantikan perbincangan secara bersemuka apabila kami bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan,” katanya.

-- BERNAMA