13minit ago
JOHOR BAHRU, 10 Dis (Bernama) -- Stesen radar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dipertingkatkan dengan sistem radar RSM NG Thales untuk mengukuhkan pengawasan lalu lintas udara selain memastikan tahap keselamatan dan kecekapan operasi tertinggi.
21minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) mengukuhkan peranannya sebagai pemudah cara teknologi mendalam negara dengan perasmian Aeromart Summit Kuala Lumpur (ASKL) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC).
29minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.
32minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM54.9 bilion serta penubuhan enam syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) pada separuh pertama 2025, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
57minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan 44.12 juta saham biasa dalam anak syarikatnya, Signature International Bhd (SIB) pada harga purata RM1.36 sesaham dengan jumlah pertimbangan kira-kira RM59.99 juta.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Rusia berusaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang dianggap penting secara strategik oleh Moscow berikutan perubahan rantaian bekalan global.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, apabila pelabur menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai ambang pengecualian e-Invois.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.