BERITA TERKINI   Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 perkenan Sultan Perak terus pengerusikan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dua tahun lagi - Penyimpan Mohor | Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 bincang dasar pindaan Akta Orang Asli 1954, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 - Penyimpan Mohor | Kerajaan lancar Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro bantu pesara urus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur - Amir Hamzah | Maxis Bhd umum dividen tahun kewangan 2025 sebanyak 17.5 sen, termasuk dividen interim keempat 4 sen sesaham dan dividen sekali sahaja 1.5 sen sesaham pada suku keempat | Fahmi hargai khidmat Suhaimi sebagai KP Penyiaran, hasil kerja, jasa selama tiga tahun tidak dilupakan | 

U Mobile Terima Surat Anugerah Dari MCMC Untuk Rangkaian 5G Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah menerima surat anugerah rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk penggunaan rangkaian 5G terbaharu Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Wong Heang Tuck berkata mandat itu meletakkan syarikat itu memainkan peranan penting dalam memajukan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia peneraju ekonomi digital serantau.

Beliau berkata U Mobile akan memberikan pengalaman unggul melalui rangkaian 5G generasi akan datang (generasi baharu) gred perusahaannya.

“Kami komited untuk menyokong transformasi digital negara dengan memacu penggunaan 5G dan menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi negara digital berpendapatan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wong berkata dengan rekod prestasi yang menjangkau lebih daripada 17 tahun, U Mobile yakin dalam menyampaikan rangkaian 5G generasi seterusnya yang terbaharu.

Syarikat itu juga mengalu-alukan visi kerajaan untuk Rangkaian Dwi 5G dan berkata ia akan meningkatkan kemampanan industri sambil menggalakkan persaingan dan inovasi, mengekalkan Malaysia di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.

-- BERNAMA