BERITA TERKINI   Final pertama ACC: Selangor FC 0-1 Buriram United | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.

Pada masa ini, minyak mentah Brent menyusut sebanyak 1.13 peratus kepada US$109.97 setong.

Peniaga itu berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun susut pada Rabu apabila aktiviti torehan pokok getah bertambah baik di Thailand dan Afrika Barat yang menjejaskan harga semerta komoditi itu.

Beliau menambah sentimen turut terkesan disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan ketidaktentuan yang berterusan ekoran konflik di Asia Barat.

“Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh ringgit yang menyusut sedikit, keyakinan terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang bertambah baik, ekonomi China yang stabil dan harapan terhadap kemungkinan pelan damai di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat empat sen kepada 894 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada 770.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA