BERITA TERKINI   88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang lebih kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,033.30 setiap auns troy daripada US$2,992.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala April 2025 naik kepada US$3,043.60 setiap auns troy daripada US$3,003.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya bertambah kepada US$3,053.60 setiap auns troy daripada US$3,013.10 setiap auns troy pada Isnin.

Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 15 lot daripada 26 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 66 kontrak daripada 75 kontrak.

Berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 18 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,025.80 bagi setiap auns troy.

-- BERNAMA