BERITA TERKINI   Bernama dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif OANA pada Perhimpunan Agung Ke-19nya di St. Petersburg | MPI: Bernama menang Perak dan Gangsa bagi Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik | MPI: Bernama Radio menang emas, perak dan gangsa bagi kategori Bicarawara Radio Terbaik. | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | 

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bina Tanjakan Pejalan Kaki Di Pulau Pinang Bernilai RM11.36 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPDSB) bagi membina tanjakan pejalan kaki dan semua kerja berkaitan di Gurney, Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang berjumlah RM11.36 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPGB berkata kontrak yang diperoleh menerusi Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd itu akan bermula pada 19 Mac, 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan daripada tarikh permulaan kontrak.

Kontrak tersebut dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan itu pada tahun depan dan terus meningkatkan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak dalam tangan sedia ada.

Selain itu, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kepada kumpulan bagi tahun kewangan 2025 dan 2026.

-- BERNAMA