BERITA TERKINI   Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 6,680 individu termasuk 15 remaja diberi notis kesalahan buang sampah sejak Januari - Aiman Athirah | PM Anwar tegaskan kebenaran pelajar laluan UEC masuki IPTA dibuat bersyarat, seperti lulusan sekolah luar sistem pendidikan kebangsaan lain | KPM umum 12 inisiatif untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru tahun ini - Fadhlina | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.25 pagi, kontrak November 2024 dan Disember 2024, masing-masing merosot 5.5 mata kepada 1,605.0 dan 1,609.0 serta Mac 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,600.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,658 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,810 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 1.77 mata kepada 1,609.65 daripada 1,611.50 semalam selepas 55 minit dagangan.

-- BERNAMA