BERITA TERKINI   Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | 

Kitacon Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM64.05 Juta Di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd meraih kontrak kerja-kerja bangunan utama bernilai RM64.05 juta di Shah Alam, Selangor, daripada SP Setia Eco-Projects Management Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu mengumumkan kontrak berkenaan melibatkan cadangan pembinaan dan penyiapan untuk fasa tiga, yang terdiri daripada 130 unit rumah berkembar dua tingkat dikenali sebagai Arundina.

Kumpulan Kitacon berkata kontrak itu dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dan pada masa depan sehinggalah tamat kontrak.

Syarikat itu menambah kontrak tersebut akan bermula pada 14 Nov dan dijangka siap dalam tempoh 27 bulan dari tarikh mula pembinaan.

-- BERNAMA