BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 0-1 Kuching City FC | GSF: Kesemua delegasi Malaysia yang tiba di Istanbul akan berlepas ke tanah air seawal Isnin ini - KP SNCC | GSF: 137 daripada 462 peserta misi yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Kerajaan Turkiye - KP SNCC | GSF: 23 delegasi Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia - KP SNCC | GSF: 23 sukarelawan Malaysia selamat tiba di Istanbul dari Israel - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.

Kontrak bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,584.10 setiap auns troy daripada US$2,575.00 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,596.40 setiap auns troy berbanding US$2,587.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun turun kepada dua lot daripada 14 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 69 kontrak daripada 74 kontrak.

Pasaran ditutup pada Isnin, 16 Sept, 2024 sempena sambutan Maulidur Rasul dan cuti umum Hari Malaysia.

Harga emas fizikal berada pada US$2,584.00 setiap auns troy, berdasarkan penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 September.

-- BERNAMA