BERITA TERKINI   Syarikat penerbangan beroperasi ke dan dari rantau terjejas mungkin alami kelewatan, perubahan masa penerbangan dan laluan serta pembatalan - CAAM | Penutupan ruang udara Timur Tengah: operasi perkhidmatan penerbangan antarabangsa tertentu mungkin alami gangguan - CAAM | Kementerian Luar gesa rakyat Malaysia kekal tenang, elak sebar khabar angin mengenai situasi di Timur Tengah | Pemimpin Agung Iran terbunuh susulan serangan Israel-AS, lapor agensi berita rasmi IRNA | Polis perlu beri keutamaan siasat aduan berkaitan dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan - Saifuddin Nasution | 

Batik Air Pantau Situasi Di Timur Tengah, Nilai Potensi Kesan Terhadap Operasi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Batik Air sedang memantau rapi perkembangan situasi terkini di Timur Tengah dan menilai potensi kesannya terhadap ruang udara dan operasi penerbangan serantau.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal kekal menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu. 

“Batik Air sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pengawal selia penerbangan awam, dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan semua keputusan operasi memenuhi piawaian keselamatan tertinggi. 

“Penerbangan yang dijadualkan beroperasi di rantau ini mungkin tertakluk kepada perubahan, termasuk pembatalan,” katanya.  

Menurut syarikat penerbangan itu juga, penumpang akan dimaklumkan serta-merta mengenai sebarang kemas kini, yang juga akan dimuat naik di laman web rasmi Batik Air. 

Katanya, penumpang dinasihatkan agar menyemak status penerbangan secara berkala dan memberikan masa tambahan untuk perjalanan masing-masing.

Batik Air akan terus memantau situasi dan memberikan maklumat terkini yang tepat pada masanya apabila maklumat lanjut sudah tersedia. 

Untuk perkembangan terkini, sila layari www.batikair.com.my. 

-- BERNAMA