1tahun lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street, apabila para pelabur menyambut baik penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.
1tahun lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen, kata penganalisis.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh kebimbangan pengeluaran komoditi yang rendah dan berkemungkinan menjejaskan bekalan komoditi itu, kata peniaga.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi pada Khamis susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata penganalisis.
1tahun lalu
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas malam tadi, kata penganalisis.
1tahun lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas yang memacu sentimen pasaran serantau.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan pasaran serantau berikutan sentimen belian yang lebih baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi walaupun kadar asas pasaran tunai lemah.
1tahun lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari dengan ditutup tinggi pada Rabu berikutan pasaran menjangkakan peningkatan semula permintaan minyak sayuran dari India menjelang musim perayaan akan datang, kata seorang peniaga.