BERITA TERKINI   TH umum agihan keuntungan 3.50 peratus, tertinggi dalam tempoh lapan tahun - Zulkifli | Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya batalkan saman pemula P. Waytha Moorthy cabar pelantikan beliau sebagai PM | Sunway Healthcare Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.70, premium 25 sen daripada harga IPO RM1.45, dengan 38.37 juta saham diniagakan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi walaupun kadar asas pasaran tunai lemah.

Pada 9.48 pagi, kontrak September 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,662.0, Oktober 2024 naik 3.0 mata kepada 1,665.5, Disember 2024 meningkat 1.0 mata kepada 1,669.0, bagaimanapun Mac 2025 merosot 0.5 mata kepada 1,654.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,696 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,506 kontrak.

FBM KLCI susut 2.38 mata kepada 1,658.21 selepas 48 minit dagangan.

-- BERNAMA