BERITA TERKINI   10 jajahan di Kelantan berisiko banjir bermula hari ini hingga Selasa berikutan amaran hujan berterusan tahap bahaya - JPS | 

Pasaran

Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat disebabkan meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan yang lemah untuk komoditi itu, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat disebabkan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). 

Ringgit Lepasi Paras 4.30, Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) --  Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysa Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup  dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.