BERITA TERKINI   Cadangan Bekerja Dari Rumah sektor awam diteliti, mungkin dibincang dalam Kabinet esok - Fahmi | Unit MN Holdings raih kontrak projek pencawang pusat data bernilai RM216 juta di selatan Semenanjung Malaysia | Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 melonjak 17 mata kepada 1,647.5, Oktober 2024 meningkat 15 mata kepada 1,650.0, Disember 2024 berkembang 14.5 mata kepada 1,654.0, manakala Mac 2025 menokok 16.5 mata kepada 1,641.0.

Jumlah dagangan susut kepada 7,082 lot daripada 7,945 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 52,194 kontrak daripada 54,227 kontrak pada Khamis. 

Pada 5  petang, FBM KLCI melonjak 13.84 mata atau 0.85 peratus kepada 1,652.15 daripada paras penutup 1,638.31 pada Khamis. 

-- BERNAMA