BERITA TERKINI   GSF 2.0: SNCC sahkan lapan rakyat Malaysia ditahan tentera Israel setakat pukul 6 petang waktu Malaysia | Dadah bernilai RM4.36 juta dirampas, 10 ditahan dalam operasi di Johor Bahru dan Batu Pahat - Polis | Untung bersih Affin Bank meningkat 1.5 peratus kepada RM135.49 juta pada suku pertama 2026 daripada RM124.08 juta sebelum ini | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat disebabkan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). 

Kontrak September 2024 meningkat kepada US$2,575.00 auns troy semalam.

Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,587.30 auns troy daripada US$2,535.40 auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 74 kontrak daripada 82 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,545.95 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 12 September.

-- BERNAMA