GENERAL

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli, Dilantik Pengerusi The Brandlaureate

29/07/2025 11:44 AM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dilantik sebagai Pengerusi The World Brands Foundation (TWBF), iaitu badan penganugerahan bagi The BrandLaureate.

The BrandLaureate dalam satu kenyataan memaklumkan, Dzulkifli yang kini berkhidmat sebagai Presiden Akademi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Rasuah (AMLAC), membawa pengalaman selama beberapa dekad dalam reformasi institusi dan tadbir urus sektor awam ke jawatan baharu beliau itu.

Menurut kenyataan itu pelantikan tersebut mencerminkan komitmen yayasan itu terhadap kepimpinan beretika dan penjenamaan yang berteraskan tujuan, sejajar dengan nilai integriti dan akauntabiliti Dzulkifli yang selari dengan misi The BrandLaureate untuk mengiktiraf jenama yang tulen dan berimpak tinggi.

“Pelantikan Tan Sri mengukuhkan keyakinan kami bahawa jenama hebat bukan sahaja diukur melalui prestasi, tetapi juga melalui prinsip.

“Ia mencerminkan komitmen TWBF yang tidak berbelah bahagi terhadap penjenamaan berteraskan tujuan, dengan kepimpinan beretika membentuk reputasi, kepercayaan dan nilai jangka panjang,” kata Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi The BrandLaureate Hilary Ng.

Sementara itu, Dzulkifli menyatakan komitmennya untuk memperkasakan kehadiran The BrandLaureate pada peringkat global dan meluaskan pengaruhnya dalam ekosistem penjenamaan antarabangsa.

“Saya berasa amat berbesar hati untuk menyertai sebuah organisasi yang melihat penjenamaan bukan sekadar alat komersial, tetapi sebagai cerminan nilai, budaya dan komitmen sosial yang berkuasa. Saya berharap dapat menyumbang kepada misi TWBF dalam membina jenama yang meraih kepercayaan, memberi inspirasi kepada kemajuan dan memimpin dengan mempunyai sasaran,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA provides up-to-date authentic and comprehensive news and information which are disseminated via BERNAMA Wires; www.bernama.com; BERNAMA TV on Astro 502, unifi TV 631 and MYTV 121 channels and BERNAMA Radio on FM93.9 (Klang Valley), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) and FM100.9 (Kuching) frequencies.

Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy