KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli yang meraih podium pada Grand Prix Itali di Litar Mugello, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan kejayaan dikecapi pelumba negara itu cukup bermakna apabila Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix selepas hampir sedekad.
“Luar biasa! Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini,” katanya.
Ahmad Zahid berharap pencapaian itu akan menjadi pemangkin kepada Muhammad Hakim Danish untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.
Kejayaan diperoleh hari ini merupakan podium pertama buat pelumba berusia 18 tahun itu selepas tujuh perlumbaan musim ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial