WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Seniwati Maria Menado Meninggal Dunia 

30/04/2026 03:24 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Seniwati Datuk Seri Maria Abdullah atau lebih dikenali sebagai Maria Menado meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 94 tahun di sebuah hospital di Damansara hari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan memberi tahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.25 tengah hari dengan ditemani ahli keluarga terdekat. 

Beliau berkata jenazah seniwati itu dijangka dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 4 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar.

“Seniman merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Maria Menado merupakan antara bintang filem Melayu terkenal sekitar 1950-an hingga awal 1960-an dan pernah membintangi lebih 20 buah filem.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Pontianak pada Festival Filem Malaysia 1957 serta Pelakon Pembantu Terbaik bagi filem Penghidupan pada 1952.

Selain berlakon, Maria Menado turut terlibat dalam penerbitan filem.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan