JOHOR BAHRU, 29 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan dengan taklimat terperinci mengenai perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat dan isu semasa.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial