KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pengamal media kini boleh menghantar penyertaan bagi Anugerah Kecemerlangan Media (AkeMedia) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) edisi 2026 yang akan diadakan pada Oktober.
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir penghantaran ialah pada 5 Ogos dengan penyertaan terbuka kepada karya yang diterbitkan dari 1 Sept 2025 hingga 31 Julai 2026.
“Karya dipertandingkan ialah mengenai peranan KPKT antaranya perumahan, pihak berkuasa tempatan (PBT), wira merah, kemampanan bandar, bandar pintar, pengurusan sisa pepejal, landskap, kredit komuniti, skop tugas dan peranan jabatan di bawah KPKT serta agensi KPKT.
“Penyertaan terbuka kepada karya berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Tiada yuran penyertaan dikenakan dan tiada had penyertaan,” menurut kenyataan itu.
Terdapat lapan kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Tertinggi Menteri, Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik, Anugerah Video Portal atau Dalam Talian Terbaik, Anugerah Penyiaran Radio Terbaik, Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik, Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik, Anugerah Media Sosial Terbaik dan Anugerah Influencer Terbaik.
Anugerah Khas Tertinggi Menteri menawarkan hadiah RM10,000 berserta trofi dan sijil kepada dua penerima manakala tujuh kategori lain masing-masing menawarkan RM3,000 untuk pemenang tempat pertama, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000) berserta trofi dan sijil.
Maklumat lanjut AkeMedia 2026 boleh diakses melalui https://mpi.my/award/akemedia-kpkt-2026 dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada penyelaras anugerah media bukitledangmpi@yahoo.com.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial