WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Waspada Penyebaran Iklan Jawatan Kosong Palsu - JPJ

28/04/2026 03:57 PM

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan iklan jawatan kosong bersama imbas kod respons pantas (QR) yang tular kerana iklan tersebut adalah palsu.

Dalam kenyataan hari ini,  JPJ memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berhubung iklan jawatan kosong palsu itu yang menggunakan logo rasmi jabatan berkenaan.

“JPJ ingin menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya dengan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan serta kerugian,” kata JPJ.

Orang ramai turut disaran merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan dan sebarang aduan rasmi boleh disalurkan menerusi https://jpj.spab.gov.my/.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan