WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Bekerjasama Dengan Interpol Buru Pengasas eHati, Suami

28/04/2026 02:07 PM

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.

“Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya. 

Shazeli berkata demikian pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. 

Pada 14 Nov tahun lepas, Shazeli berkata pengasas program motivasi kontroversi eHati dan suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah. 

Semasa itu, pasangan tersebut dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan