WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TPM Ahmad Zahid Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

26/04/2026 08:05 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Menerusi hantaran di platform X hari ini, Ahmad Zahid menitipkan doa agar Sultan Mizan dilanjutkan usia dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.

Beliau turut mendoakan supaya Allah SWT memberkati pemerintahan baginda dalam memayungi rakyat dan negeri dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut mendoakan agar Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.

“Semoga Negeri Terengganu Darul Iman terus maju, makmur dan diberkati di bawah pemerintahan Tuanku. Dirgahayu Tuanku!” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan