WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tahniah Datuk Azizulhasni, Rakyat Malaysia Bangga Atas Kejayaan Gemilang - PM Anwar

25/04/2026 10:59 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas acara keirin lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam ini. 

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan yang dikecapi pelumba yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” itu. 

“Tahniah buat Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan gemilang. Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” kata Perdana Menteri.

Persembahan cemerlang pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyaksikan beliau menewaskan pencabar utama yang juga juara dunia Harrie Lavreysen dari Belanda di tempat kedua, manakala wakil Trinidad dan Tobago Nicholas Paul terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Kejayaan itu adalah kemenangan kedua Azizulhasni dalam siri Piala Dunia musim ini selepas menjuarai acara sama di Perth, Australia pada Mac lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan