WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Di Empangan Sultan Azlan Shah

27/02/2026 11:44 AM

IPOH, 27 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas, manakala rakannya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Ridzuan Zulkarnain, 32, manakala Mohd Jumadi Abd Aziz, 34, berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada 1.14 pagi.

“Kita terima laporan berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah malam melalui pihak pengurusan empangan yang mengesan dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya dipercayai telah tenggelam.

“Usaha mengesan mangsa hilang sedang dilaksanakan pada pagi ini oleh unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Perak, manakala mangsa yang terselamat telah kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata punca sebenar yang menimpa kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan