WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tibi : Tiada SOP Tambahan Untuk Peniaga, Pengunjung Bazar Ramadan -- Exco

24/02/2026 08:47 PM

PONTIAN, 24 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan untuk pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan susulan penularan kes Tuberkulosis (Tibi) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Lian Tian Soon berkata situasi penularan kes tersebut masih berada pada tahap terkawal, selain JKNJ sudah mempunyai SOP yang jelas dalam mengendalikan penularannya.

“Bagi mereka yang berasa kurang selesa atau tidak sihat, penggunaan pelitup muka adalah digalakkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan SOP tambahan berkaitan Tibi di bazar Ramadan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi kenyataan tiga hari lepas, sebanyak 3,161 kes Tibi telah dikesan di seluruh negara sehingga minggu epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2026), dengan Johor mencatatkan 280 kes.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan