KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 100 penjawat awam Sarawak menerima sumbangan daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak.
Sumbangan disampaikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri di Dewan Serbaguna Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.
Pemberian berbentuk wang tunai, kurma dan kain pelikat atau kain batik merupakan sumbangan di bawah program MAKSAK Cares sempena Ramadan tahun ini.
Sejurus berbuka puasa dan solat maghrib serta penyampaian sumbangan, Abang Johari bersama jemputan lain menunaikan solat isyak dan tarawih berjemaah di surau Kompleks Satria Pertiwi.
Hadir sama, anakanda Premier Sarawak Dayang Norjihan, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta barisan pemimpin negeri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial