WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ops Falcon: Wanita Nekad Tunggang Motosikal Lawan Arus Elak Ditahan

16/02/2026 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Demi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa, seorang wanita sanggup membahayakan keselamatan dengan menunggang motosikal secara melawan arus dalam Ops Falcon yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di sekitar ibu kota pada Sabtu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata wanita berusia 26 tahun itu pada mulanya bertindak berpatah balik bagi mengelak sekatan, namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal berkenaan menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan  serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kenderaannya telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Hamidi berkata sebanyak 346 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang bermula pada 10 malam 14 Feb hingga 5 pagi Ahad dan daripada jumlah itu, enam kereta serta dua motosikal disita atas kesalahan serius termasuk pengubahsuaian ekstrem dan kesalahan teknikal lain.

"Antara kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ialah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta pertukaran enjin tanpa pengendorsan," katanya.

Beliau berkata operasi oleh Unit Falcon JPJ Kuala Lumpur itu dijalankan susulan aduan awam berhubung gangguan bunyi dan pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem yang menimbulkan ketidakselesaan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan